Bagi wanita, kulit yang bersih, sihat, kemerah-merahan semulajadi, rambut yang sihat, mata bersinar, bentuk tubuh badan yang menarik, payudara yang mekar tegang, awet muda dan sebagainya sememangnya sentiasa menjadi idaman.

Manakala bagi lelaki, sentiasa bertenaga, nampak tegap, tidak mudah menyerah kalah, berkeupayaan untuk bertahan, melancarkan peredaran darah dan ceria adalah merupakan impian setiap lelaki yang inginkan kebahagiaan.

Oleh itu ramai yang berusaha supaya kelihatan sentiasa hebat dan kelihatan sentiasa muda jelita dengan mengamalkan pelbagai amalan makanan sampingan dan juga menjaga tatarias supaya sentiasa kelihatan tampan dan cantik.

Namun begitu, bagi wanita, masih ramai yang terlupa kecantikan luaran bermula dari kecantikan dalaman, sekiranya rahim tidak sihat ianya menyerlah pada wajah, kulit menjadi kusam, tiada seri wajah, mudah ditumbuhi jerawat, kulit cepat berkedut, badan cepat letih, sakit sendi, rambut gugur, cepat menopause dll. Ini semua kebanyakannya berpunca dari rahim yang tidak sihat, keputihan yang melekat di dinding rahim, dll. Kebanyakan di antara kita kadangkala mengeluh kerana telah berhabis beratus-ratus ringgit dan masa untuk mengatasi masalah-masalah ini namun kesannya mengecewakan. Di sinilah jamu memainkan peranan dalam kehidupan wanita-wanita melayu zaman dahulu. Amalan memakan jamu yang betul dan sesuai dapat membantu menyelesaikan setengah permasalahan kaum lelaki dan wanita khususnya.

Mari berkongsi jamu buatan nusantara yang sekian lama menjadi rahsia kesihatan tubuh badan bagi keharmonian keluarga.

Pada asalnya jamu-jamu ini disediakan di dalam bentuk serbuk namun telah diperkemaskan dan dipermudahkan untuk kesenangan penggunanya. Ada juga pengeluar jamu yang telah mendapat perakuan GMP sehingga boleh bersaing dipasaran antarabangsa.

About these ads