khasiat


Bijirin Barli berasal yang dari Ethiopia and Asia Tenggara telah ditanam lebih dari 10,000 tahun yang lalu. Ianya digunakan oleh tamadun awal sebagai makanan manusia dan binatang disamping digunakan dalam pembuatan minuman beralkohol. Sejak dahulu lagi air barli telah dijadikan bahan perubatan untuk pelbagai jenis penyakit.

Barli dipercayai dapat menyejukkan badan, baik untuk melawaskan kencing dan meningkatkan kesihatan buah pinggang. Ia juga didapati boleh merendahkan kolestrol, meredakan sembelit dan mencegah kanser.

Bijirin Barli kaya dengan khasiat pemakanan seperti fiber, vitamin dan mineral penting (Vitamin B3), thiamine ( Vitamin B1), selenium, iron, magnesium, zinc, phosphorus, copper dan niacin). Sedikit lemak dan tidak mengandungi kolesterol seperti lain-lain bijirin. Selenium yang terkandung didalam barli bertindak sebagai agen antioksida.

Ujian yang dilakukan di Montana State University telah mengesahkan kesan barli dalam merendahkan kadar kolesterol darah. Dr Charles Elson, saintis kaji makanan dari dari Universiti Winsconsin Amerika Syarikat percaya bahawa bahan yang dipanggil ‘protease inhibitor’ yang terdapat dalam biji barli dan bijirin lain bertindak sebagai pencegah kanser.

Barli mengandungi fiber larut dan tidak larut. Seperti yang diketahui fiber yang larut boleh membantu merendahkan kolesterol dalam darah lalu membantu mengurangkan risiko sakit jantung. Fiber larut juga berguna untuk mengurangkan penyerapan gula dan boleh mengurangkan risiko kencing manis. Oleh itu ianya boleh mengurangkan kesan bergantung kepada insulin.

Fiber yang tidak larut berguna untuk mengatasi sembelit dan mengurangkan risiko kanser usus. ParaIsrael mencadangkan penggunaan barli sebagai pencegah sembelit. Mereka pernah menggantikan tepung gandum dengan tepung barli dalam makanan seperti biskut dan memerikannya kepada 19 pesakit sebelik kronik. Seramai 15 orang (75%) yang memakan 3 hingga 4 keping biskut barli sehari telah sembuh sepenuhnya dan pesakit sembelit tidak perlu lagi bergantung kepada laksatif. saintis

http://whfoods.org/

http://www.webmd.com/default.htm

http://www.lammd.com/index.cfm

http://www.barleyfoods.org/nutrition.html

Berkhasiat untuk membantu mengurangkan penyakit:

  • Sembelit
  • Mengurangkan kadar kolesterol
  • Mencegah kanser
  • Mengurangkan risiko kencing manis
  • Menyejukkan badan
  • Memelihara buah pinggang.
  • Melawaskan kencing.
  • penghadaman.

minyak lintah, sensaoil

Minyak lintah memang terkenal di kalangan masyarakat di kepulauan melayu dan jawa sebagai ubat untuk membesarkan dan memanjangkan zakar lelaki. Minyak lintah ini sudah lama digunakan daripada ganerasi keganerasi namun tiada bukti yang dapat mendakwa keberkesanan minyak lintah ini dalam membesarkan dan memanjangkan zakar sehinggalah beberapa kajian makmal di buat.

Beberapa ujian makmal telah dibuat bagi mengkaji keberkesanan minyak lintah dan mendapati minyak lintah ini mengandungi enzim daripada Hirudo Medicinalis (lintah yang di buat ubat) yang sangat baik dalam melancarkan perjalanan darah. Ada doktor-doktor moden yang menggunakan lintah selepas pembedahan mikro untuk memulihkan salur darah tersumbat serta untuk membantu pembesaran kapilari darah.

Untuk membuat minyak lintah ini tidak boleh menggunakan lintah yang sebarangan. Lintah yang digunakan untuk membuat minyak lintah ini digunakan daripada lintah istimewa yang hanya tinggal di dalam air. Antara cara lama untuk membuat minyak lintah ini adalah dengan menangkap lintah-lintah ini dan diletak didalam botol bersama minyak kemudiannya dijemur di bawah terik matahari. Minyak lintah yang terhasil daripada lintah-lintah ini disapu dan diurut kepada zakar untuk mendapatkan saiz yang diingini.

Namun begitu cara untuk menghasilkan minyak lintah ini tidak bersih dan kadangkala boleh mendatangkan infeksi oleh itu beberapa kaedah moden telah dilakukan untuk mendapatkan minyak lintah yang benar-benar berkesan dan selamat digunakan. Lovelorn Industry telah melakukan kajian mengenai minyak lintah ini dan hasilnya terciptalah Minyak Lintah Sensaoil dan Krim Lintah Sensacream

Oleh itu kepada sesiapa yang ingin membesarkan dan memanjangkan zakar menggunakan Minyak Lintah Sensaoil dalam mendapatkan saiz dan panjang yang di kehendaki.

Kadangkala petua-petua yang kita dengar dari orang-orang tua tidak boleh dipakai langsung. Kadang-kadang pula petua itu amat berguna dan mempunyai rahsia disebalik ‘boleh’ dan ‘pantang larang’ mereka.

Pernahkah anda mendengar bahawa lelaki dilarang untuk makan sayur taugeh? Pantang larang orang tua-tua berkenaan taugeh ini selalunya didengar begin, “Lelaki jangan makan taugeh, nanti lemah, lembik dan tidak berdaya alatnya sepertimana juga sifat taugeh tersebut”. Lalu ramai lah lelaki menghindari dari makan taugeh.

Seperti juga pantang-larang yang mengatakan jika makan kucai kita akan mendapat penyakit gatal-gatal kulit. Kesemua yang kita dengar itu tidak ada bukti kajian saintifik yang sah tetapi hanya dialami oleh beberapa orang lalu dijadikan sebagai pantang larang yang mempengaruhi pemikiran manusia terutamanya orang Melayu.

Tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan semakin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.

Tambahan lagi, khasiat tauge tidak hanya sekadar penyumbang kepada kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukemia.

Mengikut kajian-kajian saintifik yang dijalankan, tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.

Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam taugeh dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis)

Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umumnya kadar saponinya meningkat sehingga 450%. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau “lemak jahat” LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.

Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.

Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.

Apabila kotoran meninggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser.

Selepas membaca kebaikan sayur tauge ini, janganlah ragu-ragu lagi untuk menjadikan taugeh sebagai menu istimewa anda….

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.