Rencana ini di ambil dari tulisan Dato Prof. Mustafa Embong (Pakar Perunding Institut Diabetis Negara (NADI)

Tahukah bahawa anda mungkin sedang menguruskan aktiviti harian tetapi pada masa yang sama mengalami paras glukosa darah yang tinggi dan anda tidak sedar akan hal ini? Situasi ini mungkin berlaku jika anda mengalami satu keadaan yang dipanggil pradiabetis.

Pradiabetis seperti terjelas namanya adalah satu peringkat sebelum abda dikatakan mengidap penyakit diabetis.

Walaupun pakar-pakar perubatan masih berbahas tentang definasi terbaik untuk keadaan ini, pradiabetis boleh didefinasikan sebagai satu keadaan dimana paras glukosa darah anda lebih tinggi daripada paras normal tetapi masih tidak cukup tinggi untuk dikelasifikasikan sebagaimenghidap penyakit diabetis. Doktor merujuk keadaan ini sebagai Gangguan Glukosa Puasa (IFG) apabila paras glukosa darah lebih tinggi dikesan semasa berpuasa atau Gangguan Toleransi Glukosa (IGT) apabila paras glukosa darah ditahap luarbiasa dikesan selepas menjalani ujian glukosa yang dipanggil Ujian Toleransi Glukosa (OGTT).

Bahaya Pradiabetis

Individu yang mengidap pradiabetis selalunya tidak menunjukkan gejala-gejala diabetis yang jelas seperti susut berat badan, sentiasa dahaga atau kerap membuang air kencing.

Namun, walaupun anda tidak mengalami sebarang gejala diabetis tersebut, anda masih perlu mengambil tindakan serius tentang pradiabetis. Pradiabetis adalah satu keadaan yang serius. Merujuk kepada persatua n Diabetis Amerika, Pradiabetis bermakna anda lebih berisiko tinggi untuk terkena penyakit diabetis jenis 2 berbanding dengan individu yang mempunyai paras glukosa darah yang normal dan anda juga mungkin sudah mengalami masalah-masalah kesihatan disebabkan diabetis.

Program pencegahan Diabetis (DPP) yang telah dijalankan oleh Institut Kebangsaan Kesihatan di Amerika Syarikat melaporkan bahawa para peserta yang mempunyai pradiabetis telah didapati mengidap pradiabetis tahap 2 dalamkadar 11 peratus setiap tahun!

Kajian lain mencadangkan bahawa kebanyakan individu yang mengalami pradiabetis akan mempunyai penyakit diabetis jenis 2 dalam tempoh 10 tahun.

Jika anda mempunyai pradiabetis, risiko untuk anda terkena serangan jantung atau angin ahmar (stroke) juga meningkat. Ini adalah kerana paras glukosa dalam darah anda yang tinggi secara berterusan akan menyebabkan kerosakan pada saluran darah besar anda. Tekana darah tinggi dan lipid darah yang tinggi yang biasa dihadapi oleh individu yang mengalami pradiabetis juga menyumbang kepada kerosakan salur darah. Pastikan samaada anda mengalami pradiabetis. Satu soalan untuk anda (terutamanya jika anda sudah berumau 20 tahun atau lebih): “Adakah anda tahu paras glukosa darah anda?” Jika jawapanya tidak maka anda haruslah menjalani satu ujian Glukosa darah untuk mengetahui paras glukosa darah anda. Ujian ini amat penting terutama anda mempunyai satu atau lebih faktor-faktor risiko untuk mendapat pradiabetis. Ujian dengan mencucuk jari anda ini agak tepat dan keputusannya boleh diketahui dalam tempoh lebih kurang 2 minit sahaja. Anda boleh manjalani ujian ini diklinik atau di farmasi yang berdekatan. Anda juga tidak perlu berpuasa semalaman tetapi jika anda baru sahaja lepas makan, anda perlu menunggu sehingga kira-kira dua jam sebelum mengambil ujian ini. Jangan bimbang kesakitan cucukan jarum itu hanyalah seperti gigitan semut dan akan berlalu dalam masa beberapa saata sahaja.

Menangani pradiabetis

Indivisu yang menhidapi pradiabetis dapat melindungi diri mereka daripada penyakit kardiovascular dan juga mencegah atau melambatkan terjadinya peryakit diabetis jenis 2. Ingatlah , pradiabetis tidak perlu langsung menjadi diabetis atau menjadi penyebab serangan jantung.

Asalkan anda mengamalkan gaya hidup sihat, anda mampu mengekalkan paras glukosa darah (serta tekanan darah dan lipid darah) pada tahap yang normal.

Adakah anda berisiko menghidap pradiabetis? Faktor-faktor berikut boleh menyebabkan seseorang itu berisiko tinggi untuk mengidap pradiabetis:

  • Mempunyai abang, kakak atau ibubapa yang mengidap penyakit diabetis tahap 2.
  • Mempunyai berat badan yang berlebihan (Indeks jisim Tubuh (IJT) anda antara 25 hingga kurang dari 20kg/m2) atau obes (IJT anda lebih dari 30kg/m2)
  • Mempunyai tekanan darah tinggi, rendah paras kolestrol baik; (HDL-C) , dan/atau paras trigliserida yang tinggi.
  • Gaya hidup yang tidak aktif.
  • Berumur 45 tahun atau lebih.
  • Mengidap diabetis gestasi semasa mengandung.
  • Melahirkan bayi yang besar (berat melebihi 4kg).

Malangnya pradiabetis menjadi semakin biasa dan telah di tahap yang membimbangkan. Di Malaysia, angaran terakhir bagi kes pradiabetis adalah 11.3 peratus. tetapi ini adalah laporan yang dibuat pada tahun 1996. Berkemungkinan kadar ini telah meningkat dengan mendadak setelah 10 tahun berlalu.

Oleh itu, kekalkan gaya hidup yang sihat dan cegahlah pradiabetis sebelum berlaku. Jika anda telah mengalami keadaan ni uruslah dengan sempurna dan teratur supaya anda kekal sihat.