Bijirin Barli berasal yang dari Ethiopia and Asia Tenggara telah ditanam lebih dari 10,000 tahun yang lalu. Ianya digunakan oleh tamadun awal sebagai makanan manusia dan binatang disamping digunakan dalam pembuatan minuman beralkohol. Sejak dahulu lagi air barli telah dijadikan bahan perubatan untuk pelbagai jenis penyakit.

Barli dipercayai dapat menyejukkan badan, baik untuk melawaskan kencing dan meningkatkan kesihatan buah pinggang. Ia juga didapati boleh merendahkan kolestrol, meredakan sembelit dan mencegah kanser.

Bijirin Barli kaya dengan khasiat pemakanan seperti fiber, vitamin dan mineral penting (Vitamin B3), thiamine ( Vitamin B1), selenium, iron, magnesium, zinc, phosphorus, copper dan niacin). Sedikit lemak dan tidak mengandungi kolesterol seperti lain-lain bijirin. Selenium yang terkandung didalam barli bertindak sebagai agen antioksida.

Ujian yang dilakukan di Montana State University telah mengesahkan kesan barli dalam merendahkan kadar kolesterol darah. Dr Charles Elson, saintis kaji makanan dari dari Universiti Winsconsin Amerika Syarikat percaya bahawa bahan yang dipanggil ‘protease inhibitor’ yang terdapat dalam biji barli dan bijirin lain bertindak sebagai pencegah kanser.

Barli mengandungi fiber larut dan tidak larut. Seperti yang diketahui fiber yang larut boleh membantu merendahkan kolesterol dalam darah lalu membantu mengurangkan risiko sakit jantung. Fiber larut juga berguna untuk mengurangkan penyerapan gula dan boleh mengurangkan risiko kencing manis. Oleh itu ianya boleh mengurangkan kesan bergantung kepada insulin.

Fiber yang tidak larut berguna untuk mengatasi sembelit dan mengurangkan risiko kanser usus. ParaIsrael mencadangkan penggunaan barli sebagai pencegah sembelit. Mereka pernah menggantikan tepung gandum dengan tepung barli dalam makanan seperti biskut dan memerikannya kepada 19 pesakit sebelik kronik. Seramai 15 orang (75%) yang memakan 3 hingga 4 keping biskut barli sehari telah sembuh sepenuhnya dan pesakit sembelit tidak perlu lagi bergantung kepada laksatif. saintis

http://whfoods.org/

http://www.webmd.com/default.htm

http://www.lammd.com/index.cfm

http://www.barleyfoods.org/nutrition.html

Berkhasiat untuk membantu mengurangkan penyakit:

  • Sembelit
  • Mengurangkan kadar kolesterol
  • Mencegah kanser
  • Mengurangkan risiko kencing manis
  • Menyejukkan badan
  • Memelihara buah pinggang.
  • Melawaskan kencing.
  • penghadaman.