urogynecologicalPembedahan untuk menguatkan otot lantai faraj (pelvic floor) biasanya dilakukan jika berlaku ‘prolapse’ atau kekenduran pada dinding faraj. Jika berlaku kekenduran didinding hadapan sehingga menyebabkan pundi kencing terjatuh kebawah, keadaan ini di gelar ‘cyctocele’.

Antara gejala yang timbul ialah kemungkinan wanita terbabit tidak dapat mengawal air kencing apabila ia bersin, terbatuk atau ketika mengangkat barang berat. Malah sewaktu hendak bangun dari sujud dalam solat pun, dia akan terkencing. Apabila ini berlaku, ia dipanggil ‘stress incontinence’.

Untuk mengatasi masalah seperti ini, satu pembedahan kecil perlu dilakukan dimana dinding faraj dihadapan diperbetulkan dan pundi kencing diperkuatkan melalui satu jenis jahitan.

Kadangkala akibat daripada kehamilan yang berulang kali atau kelahiran yang sukar sehingga memerlukan alat forceps atau vacuum, kekenduran pada otot belakang saluran faraj boleh berlaku. Ia di panggil ‘rectocele’. Malahan kekenduran pada otot disekeliling saluran faraj boleh menyebabkan keadaan yang tidak selesa khususnya ketika melakukan hubungan seksual. Bagaimanapun masalah ini boleh diperbetulkan melalui pembedahan ‘pelvic floor repair’ (PFR) dimana kulit yang kendur dibuang dan jahitan untuk merapatkan otot lantai punggung dilakukan. Pembedahan ini akan memperbaiki dan memulihkan kembali keadan faraj untuk memberi keselesaan yang lebih apabila bersama.

Sebenarnya pembedahan untuk membetulkan saluran faraj samada bahagian hadapan atau belakang, dilakukan beserta dengan pembedahan untuk membuang rahim akibat daripada ‘prolapse’ atau tombong tadi.

Kaedah ini dipanggil; ‘vaginal hysterectomy’ bila mana pembetulan dinding hadapan dan belakang dilakukan serentak, tetapi bagi mereka yang tidak mangalami prolapse, (kebiasaannya wanita yang lebih muda sedikit) hanya perlu menjalani PFR sahaja.

Prof. Dr Hamid Arshat – Pakar Sakit Puan.