Artikel ini ditulis sebagai bacaan rekreasi sahaja dan bukan sebagai satu panduan kedoktoran. Jikalau anda mempunyai masalah yang tertulis di bawah ini, harap rujuk dengan lanjut kepada doktor.

 

Masalah air mani terkeluar terlalu awal atau ‘premature ejaculation’.

 

Apakah sebenarnya air mani terkeluar terlalu awal atau ‘premature ejaculation’.

 

PE adalah pancutan yang dialami sebelum masa yang dikehendaki atau terlalu awal pancutan berlaku semasa persetubuhan. Ini sering menghampakan si isteri. Lazimnya, apabila seorang lelaki telah melepaskan air maninya, zakarnya akan hilang kekerasan dan tak dapat berfungsi dengan baik untuk persetubuhan . Mengikut penyelidikan, di anggarkan bahawa satu pertiga lelaki dibawah umur 25 mempunyai masalah ini.

 

Apakah yang menyebabkan air mani terkeluar terlalu awal atau ‘premature ejaculation’?

 

Mengikut beberapa pendapat, kaum lelaki memang lebih senang mencapai ke puncak shahwatnya berbanding perempuan. Mengikut pendapat tersebut, berkemungkinan lelaki terlalu sibuk merisaukan banyak perkara mustahak yang lain daripada masalah yang remeh ini. Jika pada zaman dahulu lelaki lebih risau dengan masalah ketiadaan makanan, serangan musuh dan haiwan liar. Jadi berkemungkinan masalah ini adalah masalah turun temurun atau ‘hereditary’.

 

Namun begitu, teori ini tidak dapat di buktikan sebarang ahli sains walaupun sekilas pandang kelihatan benar. Mungkin teori ini dirumus kerana dari segi genetik, manusia belum dapat pastikan sebarang hasil dari melambatkan ke puncak shahwatnya.

 

Tabiat melambatkan ke puncak shahwat ataupun “orgasm” adalah satu tabiat yang harus dipelajari. Tidak jauh perbezaannya seperti belajar menari atau belajar cara buat dodol. Tabiat melambatkan keluarnya air mani dapat memanjangkan lagi masa keseronokan untuk kaum suami. Didapati ramai isteri juga gemar mengalami ‘orgasm’ semasa zakar suami masih didalam kemaluan si isteri.

 

Untuk si isteri mencapai keseronokan ini, zakar lelaki haruslah sering menghairahkan si isteri dengan gerakan untuk tempo masa yang agak lama. Ejakulasi terlalu awal ini sering juga disebabkan fakta-fakta psikologi seperti ketakutan, rasa serba salah dan risau jika tidak dapat memuaskan.

 

Perkara pertama seorang suami harus ingat sebelum bersetubuh adalah persetubuhan yang baik adalah persetubuhan yang diberkati. Maka oleh kerana itu, berdo’a lah kepada Yang Maha Kuasa, agar diberi zuriat-zuriat yang diredhai. Kemudian, do’alah agar Tuhan Yang Maha Pengasih memberi izin agar dapat memuaskan nafkah batin si isteri.

 

Selalunya, persetubuhan yang digemari si isteri adalah persetubuhan yang tidak dalam keadaan kelam kabut. Ambilah masa untuk bergurau senda , bermesra intim bersama isteri. Lebih lama masa yang diambil untuk ‘foreplay’ ini, lebih kuatlah dan lebih seronoklah kelepasan nafsu yang akan dialami kedua-dua pihak kemudian.

 

Kemuncak shahwat, atau ‘orgasm’ ini, boleh dibaratkan seperti belon. Lebih lama ditiup udara kedalamnya, lebih besarlah ia membesar dan lebih kuat dan lebih berdentum apabila ia meletup kelak.

 

Selalunya, seorang lelaki dalam lingkungan umur dua puluhan, setelah zakarnya menembusi ke dalam isterinya, ia boleh mengambil kurang dari tiga minit untuk ia sampai ke kemuncak shahwatnya dan melepaskan air maninya. Yang sedemikian, bukan sahaja sering menghampakan si isteri, malah juga merugikannya si suami dengan meringkaskan lagi masa yang seronok.

 

Cara-cara yang tidak berkesan untuk mengatasi masalah ini.

 

Kerana tidak begitu ramai suami yang mengalami masalah ini yang begitu ghairah untuk membicarakan masalah ini dengan pakar kedoktoran, fahamlah kita mengapa begitu banyak sekali formula-formula dan resipi-resipi karut yang berleluasa di kalangan masyrakat kita untuk mengatasi masalah ini.

 

Mereka ini lebih suka berborak dan menerima ‘nasihat’ dari members-members mereka di kedai kopi. Ilmu sedemikian boleh menjadi tersangatlah bahaya. Kami berharap jika anda betul-betul mempunyai masalah ini, harap mendapatkan nasihat seorang doktor. Beberapa cara yang tidak berkesan adalah:

 

  • Meminum kopi sebelum melakukan seks.

  • Menggunakan beberapa lapis kondom.

  • Memikirkan sesuatu benda yang lain semasa melakukan seks.

  • Mengigit pipi si suami.

  • Sering melancap.

  • Mensapukan krim-krim ajaib yang mengebaskan batang kemaluan.

  • Memakan dodol sebelum melakukan.

 

Bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah cepat pancut?

 

Penyelesaian yang paling biasa digunakan untuk mengatasi masalah ini adalah dengan mempelajari dan memahami perasaan dan sensasi yang dirasakan sewaktu hampir melepaskan ejakulasi tadi.

 

Dengan mengetahui sensasi-sensasi tadi, anda akan dapat lebih fasih lagi untuk meramalkan dan menjangkakan bila ejakulasi yang semakin hampir tadi akan memuncak. Dengan sedemikian, anda akan dapat mengawal kedatangan masa kemuncak. Dalam penerangan kami di artikel ini, kami akan gelarkan masa ini, ‘detik tak mungkin kembali’.

 

Jika anda ingin lebih mengalami keseronokan intensif yang lama tanpa ejakulasi, anda harus tahu dimana ‘detik tak mungkin kembali’ anda.

 

Ini adalah detik dimana anda tak dapat tahan ejakulasi anda lagi. Di detik ini, walau bagaimana anda tahan, anda tidak akan dapat hentikan diri anda daripada melepaskannya. Di detik inilah, otak anda hantar isyarat-isyarat melalui tulang belakang anda kepada kemaluan anda untuk melepaskannya.

 

Bila anda sudah sedari dimana detik tak mungkin kembali anda, jangan izinkan diri anda sampai ke detik ini. Sebaik sahaja anda hampir ke detik ini, hentikan gerakan atau mungkin juga tukar posisi anda.

 

Cara-cara lain yang anda boleh juga cuba adalah cara “henti dan mula” dan juga cara “tekan”. Sewaktu anda merasakan tubuh anda hampir ke detik tadi, sewaktu anda sedang melakukan pergerakan, masukan kesemua batang kemaluan anda ke dalam sehingga tertekan ari-ari anda dengan ari-ari si isteri dan hentikan gerakan. Apabila kehendak untuk melepaskan sudah reda, mulakan lagi gerakan sehingga detik tadi hampir lagi dan lakukan lagi tekanan tadi.

Semuga berjaya. Selamat mencuba!!